Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tumpuan Projek Solar dan Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria. Buat masa sekarang ini saya lebih tertumpu kepada bidang Solar Energy dan Inovasi pembuatan produk. Tumpuan lebih kepada memberi dan menyalurkan maklumat terutama di dalam kursus dan bengkel yang saya sediakan. Teknologi tenaga solar pada masa kini sudah mula berkembang. Penggunaannya semakin meningkat dan pesat. Ianya merupakan sumber kuasa yang diperbaharui seperti sistem tenaga kincir angin, dan tenaga ombak. Sumber tenaga amat diperlukan kepada kehidupan manusia. Ianya menjadi sumber asasi manusia kerana ianya diperlukan. Kaedah penjanaan tenaga elektrik melalui sistem tenaga solar adalah salah satu cara yang mudah. Semakin hari semakin berkurang kos bahan-bahan untuk pembinaan sistem tenaga solar. Namun begitu ramai yang tidak sedar dan kurang kefahaman dalam penggunaan sumber tenaga dari mahatari ini. Untuk itu saya berhasrat untuk mengadakan kursus pendek mengenai tenaga solar dan cara untuk digunakan pada kehidupan seharian kita. Keba
Catatan terbaharu

Buat Projek: Tahun 2019 adalah tahun...

Assalamualaikum. Salam ceria. Agak tergantung tajuk pos kali ini. Sebenarnya saya nak sambung ayat tersebut tapi terlalu panjang ayatnya. Jadi saya biarkan ia tergantung. Sengaja saya buat begitu supaya pembaca boleh dapat jawapannya setelah baca pos saya ini. Saya bukan seorang yang pandai berkata-kata. Namun saya sangat suka memberi sesuatu yang baru kepada semua terutama kepada orang yang berada di depan saya. Ianya seperti di dalam kelas atau di hadapan grup kecil. Saya suka memberi ilmu yang saya ada. Ilmu melalui kerja dan pengalaman saya dalam bidang inovasi elektronik ini. Apa yang saya sampaikan tidak mengikut buku atau silibus pembelajaran. Apa yang saya ajar adalah dari pengalaman saya. Namun begitu saya melalui pengalaman tersebut dengan ilmu yang saya pelajari. Saya amalkan ilmu tersebut dan hasilnya adalah pengalaman dan ilmu baru. Mahukah saya ajarkan ilmu yang sama seperti di sekolah atau di universiti. Pasti bosan jika ilmu yang sama disampaikan. Malah tia

Buat Projek: Idea projek elektronik

Assalamualaikum. Salam ceria. Bersua kembali setelah lama saya tidak update blog ini atas sebab kesibukan saya menyelia beberapa projek solar. Ok pada kali ini saya mahu sentuh mengenai projek elektronik. Ramai yang tertanya saya bagaimana nak cari idea untuk membuat satu projek elektronik. Pokok pangkalnya adalah apa yang kita mahu dan apa yang orang mahu. Buat dan hasilkan projek mengikut kehendak dan keinginan yang kita mahu. Boleh juga buat grup perbincangan untuk cari idea yang bernas. Targetkan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Kemudian kaitkan dengan idea yang berkaitan dengan elektronik. Pada peringkat ini nyatakan apa saja idea yang terlintas. Jangan buat penolakan atau sudah mula fikir logik atau tidak. Senaraikan dahulu apa saja idea dan jangan kira pelik atau tak boleh. Sebabnya nanti untuk peringkat seterusnya barulah kita akan short listkan idea mana yang sesuai. Mencari idea tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah tumpuan kita untuk mencari idea. Tumpukan

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar

 Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.   Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!  Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu. Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan kemasukan teks d

Belajar Bina Projek Arduino

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak maklumkan mengenai kit terbaru yang baru saja saya hasilkan setelah lamanya membuat pengujian terhadapat kit tersebut. ianya adalah kit pembelajaran untuk yang nak baru mula mempelajari sistem Arduino. Kini nak bina projek bukan lagi satu kepayahan. Dahulunya saya merasakan kesukaran untuk menghasilkan dan membina satu projek yang kita suka. Susah nak cari bahan dan susah untuk membinanya. Tambahan pula perlu ada beberapa tool untuk membina projek. Dengan adanya teknologi Arduino ini, semua projek mudah untuk dibina. Hanya buat pemasangan dengan penyambungan wayar sahaja kepada slot atau papan projek dan kemudian memasukkan programming sahaja. Dan projek sudah boleh berfungsi. Dengan adanya kaedah programming, kerja untuk modify yang yang kita mahukan menjadi senang. itu pun kalau kita tahu dan faham. Ada sesetengah orang tak sukakan programming yang memeningkan kepala sebab ada banyak kod-kod yang perlu dilihat. Tapi seb

Projek Terkini 2018

Assalamualaikum. Salam ceria. Bertemu kembali. Berita gembiranya saya kembali semula dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada idea elektronik. Buat masa kini saya tidak banyak menghasilkan projek elektronik untuk apa-apa aplikasi. Ini kerana saya banyak tertumpu kepada projek lain. Pada waktu sebelum ini saya banyak menghasikan idea projek untuk kegunaan pengguna masa kini. Pendek kata saya banyak membuat RnD untuk produk-produk tersebut. Setelah selesai semua tugasan tersebut, saya berhasrat untuk memberi tumpuan sepenuhnya di blog ini seperti sebelum-sebelumnya. Kini saya telah menghasilkan beberapa produk baru untuk MyEnique seperti ebook, buku pembelajaran dan produk Kit Projek. Saya akan cuba update sekerap mungkin maklumat di dalam blog ini. Ini akan memberi manfaat kepada semua dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk idea-idea elektronik. Jika anda berminat untuk menghasilkan projek elektronik tetapi tidak mempunyai idea yang mantap, anda boleh hubu

Solar Panel

Assalamualaikum. Salam ceria. Pada kali ini saya cuba untuk menyentuh serba sedikit mengenai komponen yang penting untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang iaitu solar panel. Solar panel bentuk asasnya adalah seperti sekeping papan. Lapisan permukaan yang licin seperti cermin atau plastik. Ianya berwarna gelap, hitam atau kebiru-biruan. Solar panel apabila diletak di bawah cahaya matahari ianya akan menghasilkan tenaga elektrik melalui dua terminal keluaran positif dan negatif. Elektrik yang terhasil merupakan voltan DC dan tidak merbahaya apabila disentuh. Solar panel berfungsi menghasilkan tenaga elektrik daripada penerimaan cahaya matahari. Cahaya matahari adalah sumber yang paling utama dan yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Apakah kegunaan solar panel? Kebanyakan solar panel digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang dicas oleh solar panel digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik. Jarang sekali alatan elektrik